Imsonia or sleep disorder. Susah nak tidur dan sebagainya. Aku orang macam tu. Susah nak tidur dan suka berjaga pada waktu malam. Tengah malam sampai ke pagi. Bukan suka, suka-suka. Masalahnya tengah-tengah malam macam ni, macam sekarang la, memang aku belum tidur. Tersangat aktif. Apa aku buat? Surfing internet. Download movies, series, drama korea. Sebab, time macam ni la, speed internet laju. Download yang beratus Mb pun tak sampai setengah jam. Kadang-kadang sepuluh minit pun tak sampai. Well, kan kebanyakan orang dah tidur time ni, so faham-faham lah kenapa line internet laju. Oh, aku kat kolej sekarang. Guna wifi kolej, kalau dah wifi kolej, sendiri faham lah kan? Kalau kat rumah guna wifi kampung tanpa wayar, betul-betul kena pasang belakang rumah. Haha. Lucky enough right? Sama juga, kena tunggu ramai orang tak guna, baru lah speed internet tu berdesup. Boleh download banyak-banyak.
Untunglah budak-budak sekarang, dapat wifi free, 24 hours non stop surfing pun bolehh. Time aku dulu, first year masuk universiti baru dapat rasa wifi free. Kat kampung takda lagi. Tapi speed boleh tahan la slow. Plus, time tu takda smartphone lagi, surfing guna laptop je. Beli broadband, line macam siput jugak. Hahaha. Kesian. Tak macam sekarang, "pesat membangun" dah. Smartphone, tablet dan sebagainya. Tak payah bawa laptop berat-berat, pegi mana-mana surf je guna phone. Guna plan prabayar, public wifi. Internet tak susah lagi nak cari. Padan la sekarang dengan bermacam-macam media sosial, twitter, facebook dan lain-lain. Kecik-kecik pun dah pandai surfing. Macam adik aku, pandai dah tengok youtube. Baru darjah satu. Darjah dua. Sigh. Untunglah.
Wait, aku rasa menyimpang jugak dari tajuk kat atas. Ahh biarlah. Tulis je apa yang aku rasa nak cakap. Kan? Tapi menulis kat alam maya pun ada batasnya. Kalau silap sikit, tak pasal-pasal naya hidup. "Paham, bisa." Haha famous quote ni, paham, bisa.
Well, sebelum aku nak publish post ni, aku nak cakap la, this is not the first time aku buat blog. Ade je before ni, tapi aku nak private kan. Malu jugak tengok apa aku tulis since 2009. Masih muda remaja lagi, childish lagi. Mengarut semua banyak. Poyo je. Hahaha. Sekarang dah 2013, umur 25, dah habis belajar, kerja je belum. Mode mencari kerja la jugak ni. Hihi. Sementara aku takde kerja lagi, masih boleh la kot post tiap-tiap hari. Kalau nanti dah ade kerja InsyaAllah, mungkin jarang kot nak post. Nak tidur lewat macam ni pun tak boleh. Sekarang kat kolej lagi, thesis belum dijilid, minggu ni nanti la kot. Harap-harap la, Nak balik rumah. Nak fokus cari kerja. Nak balas jasa mak, apak.
Hari ni aku ending up buat blog baru. Penulisan gaya baru, Ceh. Nak matangkan penulisan. Not a good writer actually, tapi minat nak menulis blog. So aku teruskan mencuba la mula dari sekarang. Kalau bahasa tu tunggang terbalik, mintak maaflah, grammar teruk, bahasa pun dapat 2 je. Penulisan aku memang kurang sikit. Apa-apa pun aku try. Hee.
Rasanya takde benda lagi nak cakap. Good night alam maya. Assalamualaikum.
notakaki: kadang-kadang tengok bola awal pagi. -.-"
No comments:
Post a Comment