Tuesday, March 5, 2013

Lukisan aku guna microsoft excel.

Oh oh malasnya nak taip. Malasnya... Tapi nak post something jugak. Okay, here we go.











Hasil kerja aku 2-3 hari ni, mengkartunkan apa yang patut guna Microsoft Excel. Actually aku sangat noob pasal excel, tapi boleh pulak jadi tempat aku melukis. Itupun selepas tengok tutorial2 kat Blog Nurdani. Dari situ la aku belajar. Hahaha. Apa aku buat ni tak perfect pun, cuma aku rasa bangga sikit sebab takde la noob dlm semua benda. Muahahha. Orang lain lukis lagi cantik, takyah tiru2, bakat memang ada. Bagi aku yang tak da bakat melukis ni, macam ni je lah. Sekadar nak isi masa terluang. Bila dah jadi, puas hati. Sangat puas. *syok sendiri*.Cukup la satu perenggan. Dah namanya malas gila nak taip. Kbai.

notakaki: pagi ni ada UCL, real madrid vs m.united. ada 45 minit lagi, nak tengok ke tak? tengok mata lah macam mana. k aku sokong real. #HalaMadrid

Saturday, March 2, 2013

Renesmee

Renesmee. Bukan nama sebenar. Nama yang aku guna untuk tulis blog ni. Maybe ada yang akan sangka aku die hard fan Twilight. No no no. Aku tengok Twilight, tapi takde la sampai die hard fan sangat (lagi suka The Vampire Diaries). Hahaha. Bagi aku Twilight ni ok2 je. Ok2 je. Haha. Cuma part last tu yang paling best. Breaking Dawn Part 2. Sebab time tu Bella dah jadi vampire, muka dah boleh senyum selalu dah. Takde la monyok je mcm before. LOL. Anak dia dengan Edward Cullen, comel gile. Haa si Renesmee lah. Ke ade yang akan fikir aku letak nama Renesmee sebab aku suka Jacob? Oh tidak. Aku cuma suka kat Renesmee. Entah sapa nama pelakon kanak-kanak tu, aku tak google pun. Yang penting aku suka dia. Sebab comel gila kot. Then aku rasa tak de sebab lain. Tu je lah.

Comel x Renesmee? Hee.
Part aku paling suka dalam BD part 2 tu, time si Aro cakap "Half mortal, half immortal". LOL.

Oh Renesmee.

Till then.

notakaki:boring, so aku post something.

Imsonia, internet and me.

Imsonia or sleep disorder. Susah nak tidur dan sebagainya. Aku orang macam tu. Susah nak tidur dan suka berjaga pada waktu malam. Tengah malam sampai ke pagi. Bukan suka, suka-suka. Masalahnya tengah-tengah malam macam ni, macam sekarang la, memang aku belum tidur. Tersangat aktif. Apa aku buat? Surfing internet. Download movies, series, drama korea. Sebab, time macam ni la, speed internet laju. Download yang beratus Mb pun tak sampai setengah jam. Kadang-kadang sepuluh minit pun tak sampai. Well, kan kebanyakan orang dah tidur time ni, so faham-faham lah kenapa line internet laju. Oh, aku kat kolej sekarang. Guna wifi kolej, kalau dah wifi kolej, sendiri faham lah kan? Kalau kat rumah guna wifi kampung tanpa wayar, betul-betul kena pasang belakang rumah. Haha. Lucky enough right? Sama juga, kena tunggu ramai orang tak guna, baru lah speed internet tu berdesup. Boleh download banyak-banyak.

Untunglah budak-budak sekarang, dapat wifi free, 24 hours non stop surfing pun bolehh. Time aku dulu, first year masuk universiti baru dapat rasa wifi free. Kat kampung takda lagi. Tapi speed boleh tahan la slow. Plus, time tu takda smartphone lagi, surfing guna laptop je. Beli broadband, line macam siput jugak. Hahaha. Kesian. Tak macam sekarang, "pesat membangun" dah. Smartphone, tablet dan sebagainya. Tak payah bawa laptop berat-berat, pegi mana-mana surf je guna phone. Guna plan prabayar, public wifi. Internet tak susah lagi nak cari. Padan la sekarang dengan bermacam-macam media sosial, twitter, facebook dan lain-lain. Kecik-kecik pun dah pandai surfing. Macam adik aku, pandai dah tengok youtube. Baru darjah satu. Darjah dua. Sigh. Untunglah.

Wait, aku rasa menyimpang jugak dari tajuk kat atas. Ahh biarlah. Tulis je apa yang aku rasa nak cakap. Kan? Tapi menulis kat alam maya pun ada batasnya. Kalau silap sikit, tak pasal-pasal naya hidup. "Paham, bisa." Haha famous quote ni, paham, bisa.

Well, sebelum aku nak publish post ni, aku nak cakap la, this is not the first time aku buat blog. Ade je before ni, tapi aku nak private kan. Malu jugak tengok apa aku tulis since 2009. Masih muda remaja lagi, childish lagi. Mengarut semua banyak. Poyo je. Hahaha. Sekarang dah 2013, umur 25, dah habis belajar, kerja je belum. Mode mencari kerja la jugak ni. Hihi. Sementara aku takde kerja lagi, masih boleh la kot post tiap-tiap hari. Kalau nanti dah ade kerja InsyaAllah, mungkin jarang kot nak post. Nak tidur lewat macam ni pun tak boleh. Sekarang kat kolej lagi, thesis belum dijilid, minggu ni nanti la kot. Harap-harap la, Nak balik rumah. Nak fokus cari kerja. Nak balas jasa mak, apak.

Hari ni aku ending up buat blog baru. Penulisan gaya baru, Ceh. Nak matangkan penulisan. Not a good writer actually, tapi minat nak menulis blog. So aku teruskan mencuba la mula dari sekarang. Kalau bahasa tu tunggang terbalik, mintak maaflah, grammar teruk, bahasa pun dapat 2 je. Penulisan aku memang kurang sikit. Apa-apa pun aku try. Hee.

Rasanya takde benda lagi nak cakap. Good night alam maya. Assalamualaikum.

notakaki: kadang-kadang tengok bola awal pagi. -.-"